Tiba lagi musim imtihan..
Belajar siang malam..
Mampukah AKU berjaya?
Hadith 18 dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi, seperti hadith-hadith yang lain, sangat menarik!
Jom~
عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ "
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]
"Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdul Rahman Mu'adz bin Jabal radiyallahu 'anhuma dari Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya: Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadith ini hasan sahih."
Maka, secara ringkasnya (mestilah ringkaskan ^^ , kalau nak lagi best dan panjang, boleh baca kitabnya) hadith ini memperkatakan tentang 3 perkara iaitu:
1. Hak Allah: Taqwa kepadaNya
2. Hak Mukallaf: Menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya
3. Hak Hamba: Elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat
InsyaAllah, kita lihat sedikit tentang perkara 1. Iaitu bertaqwalah kepada Allah.
Secara mudah, taqwa kepada Allah bererti melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram dan ditambah seperti dalam hadith di atas iaitu dengan tidak memilih waktu dan tempat.
Kita kan buat "business" dengan Allah. Maka apa pulangannya jika kita bertaqwa?
- menyingkirkan diri dari neraka
- menempatkan diri dalam syurga
- membaiki amal serta menghapuskan dosa
- mencapai kemenangan dan kejayaan
- mendapat peliharaan dan perlindungan dari seteru
- melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal
berkaitan "melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal" Firman Allah dalam Surah al-Thalaq: Ayat 2-3 yang bermaksud:
"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka..."
(sebab tengah cakap tentang taqwa, maka hanya ambil bahagian tersebut sahaja, tapi bolehlah sambung baca maksudnya, disambung tentang tawakal pula)
Hah! Kan menarik tu, mudah sahaja nak dapatkan bantuan pertolongan dari Allah untuk menghadapi musim imtihan ni, iaitu TAQWA.
Berusahalah kearah taqwa, bukan hanya berusaha secara fizikal, siang malam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat, melakukan dosa dan lain-lain.
Wallahua'lam
0 Komen:
Post a Comment