Berbaju Kurung Pada Musim Panas

Berbaju kurung. Tak pelik pun kan? Memanglah tak pelik kalau di Malaysia. Kalau di UK dan Ireland macam mana pula? Mungkin juga tak pelik sebab dah ramai kaum kerabat Melayu di sana. Tapi kalau di Czech ni pelik tak?


Pelik! Lagi-lagi waktu musim panas ni. Nak cover dengan kot/jaket, takkan lah kot sebab panas. Kenapa saya kata pelik? Sebabnya semasa dalam perjalanan ke kelas tadi, ada seorang makcik ni, terpegun dengan saya yang berbaju kurung. Sebelum nampak saya, elok-elok je dia jalan. Dah ternampak saya tu, terberhentilah dia. Rasa lucu pulak bila mengingatkan.


Bila orang dah tengok kita sampai macam tu sekali, mulalah keyakinan diri ni luntur. Saya pernah cakap kat suami yang kita kena yakin dengan apa yang kita pakai, barulah bila orang lain tengok kita, kita tak rasa kekok. Nasihat yang diberikan oleh saya nampaknya tidak berkesan pada saya hari ini. Asalnya rasa yakin je dengan berbaju kurung sebelum keluar rumah tapi bila dah nampak manusia-manusia Czech ni bagai langit dengan bumi dengan saya, terus tak yakin. Bukan sebab malu menutup aurat. Malunya sebab saya menarik perhatian orang. Semasa mula-mula datang ke Czech pun, macam tu juga. Orang-orang Czech tengok saya pelik sebab saya bertudung.


Cukuplah cerita mengarut saya buat kali ni. Jumpa lagi, insyaAllah.

0 Komen:

Post a Comment