best lar video2 dari nucleus media ni ^^
0
Komen

Tiba lagi musim imtihan..
read more
Label:
Hadith,
motivasi
Aku Perlukan Segala Pertolongan Yang Ada!!

Tiba lagi musim imtihan..
Belajar siang malam..
Mampukah AKU berjaya?
Hadith 18 dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi, seperti hadith-hadith yang lain, sangat menarik!
Jom~
عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ "
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]
"Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdul Rahman Mu'adz bin Jabal radiyallahu 'anhuma dari Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya: Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadith ini hasan sahih."
Maka, secara ringkasnya (mestilah ringkaskan ^^ , kalau nak lagi best dan panjang, boleh baca kitabnya) hadith ini memperkatakan tentang 3 perkara iaitu:
1. Hak Allah: Taqwa kepadaNya
2. Hak Mukallaf: Menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya
3. Hak Hamba: Elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat
InsyaAllah, kita lihat sedikit tentang perkara 1. Iaitu bertaqwalah kepada Allah.
Secara mudah, taqwa kepada Allah bererti melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram dan ditambah seperti dalam hadith di atas iaitu dengan tidak memilih waktu dan tempat.
Kita kan buat "business" dengan Allah. Maka apa pulangannya jika kita bertaqwa?
- menyingkirkan diri dari neraka
- menempatkan diri dalam syurga
- membaiki amal serta menghapuskan dosa
- mencapai kemenangan dan kejayaan
- mendapat peliharaan dan perlindungan dari seteru
- melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal
berkaitan "melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal" Firman Allah dalam Surah al-Thalaq: Ayat 2-3 yang bermaksud:
"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka..."
(sebab tengah cakap tentang taqwa, maka hanya ambil bahagian tersebut sahaja, tapi bolehlah sambung baca maksudnya, disambung tentang tawakal pula)
Hah! Kan menarik tu, mudah sahaja nak dapatkan bantuan pertolongan dari Allah untuk menghadapi musim imtihan ni, iaitu TAQWA.
Berusahalah kearah taqwa, bukan hanya berusaha secara fizikal, siang malam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat, melakukan dosa dan lain-lain.
Wallahua'lam
0
Komen
Apabila membeli-belah di pasar raya besar, adakah anda perasan bahawa kita jarang-jarang mendengar ucapan jurujual, "Saya jual." dan ucapan kita sebagai pembeli, "Saya beli." Lafaz ini dinamakan sighah jual beli yang mencakupi ijab dan kabul.
read more
Label:
Solusi
Saya Jual...Saya Beli...
Saya jual...
Saya beli...
Apabila membeli-belah di pasar raya besar, adakah anda perasan bahawa kita jarang-jarang mendengar ucapan jurujual, "Saya jual." dan ucapan kita sebagai pembeli, "Saya beli." Lafaz ini dinamakan sighah jual beli yang mencakupi ijab dan kabul. Mengikut mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama' mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.
Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah redha-meredhai. Al-taradi, al-rida atau saling meredhai adalah elemen penting yang menentukan keharusan jual-beli berkenaan. Hukum ini kerana nature sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada matlamat merealisasikan maqasid (matlamat). Justeru, para fuqaha merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan lafaz luaran atau binaan huruf."
Mengapa perlu sighah ijab dan kabul? Saling meredhai perlu direalisasikan dalam jual beli. Namun, redha adalah unsur dalaman yang terletak di dalam hati. Manusia tidak mampu mengetahui apa yang tersemat dalam hati orang lain. Maka, syariat menggantungkan hukum keabsahan jual beli pada sesuatu yang zahir iaitu sighah.
Firman Allah Taala : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah al-Nisa' 4: 29)
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)
Bagaimana pula dengan jual-beli melalui internet? Jual-beli melalui internet adalah sah walaupun tidak ada pertemuan secara hakiki antara penjual dan pembeli dalam satu majlis. Hal ini kerana pertemuan antara kedua-duanya bukan menjadi matlamat ataumaqasid utama dalam jual beli tersebut. Sebab itu dalam feqah menjelaskan "asal dalam keabsahan kontrak ialah al-taradi". (Al-Duwaihi, al-Qawa'id al-Hakimah li al-Uqud dalam Buhuth Mu'tamar al-A'mal al-Masrafiyyah al-Eliktroniyyah, jil.5, hlm. 2333)
Artikel dihasilkan oleh Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dari majalah Solusi, isu 20.
Syana
Syana
0
Komen

Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^
read more
Label:
Hadith,
ibadah
Buat apa malam2 tu? ^^

Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^
sihat? alhamdulillah..
Terbaca semalam dari buku Hadith 40, Bab Hadith Pertama bahagian Amal yang Ikhlas, muka surat 63 dan 64. Menarik, maka nak berkongsi ^^
Amal yang ikhlas ni ialah amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberi ganjarannya.
Imam Nawawi (iaitu penulis buku Hadith 40 ini, Riyadus Salihin dan banyak lagi) telah berkata bahawa amal yang ikhlas ini ada tiga bahagian, iaitu:
- Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
- Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
- Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
"Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?"
hmmm.. maka tertanya2 dalam hati, adakah amal ibadat aku ikhlas? Takutkan aku kepada Allah? Adakah aku peduli dengan syurga dan pahala? Adakah aku reti bersyukur?
waaaa.. membimbangkan.. membingungkan..
aku nak menjadi hamba, nak berdagang dan tak lupa merdeka! insyaAllah.
Arif
0
Komen
read more
Label:
Al-Ahzaab,
Quran
Menanti Syahid
Salamalaykum sahabat-sahabat yang dikasihi..
﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـهَدُواْ اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُواْ تَبْدِيلاً لِّيَجْزِىَ اللَّهُ الصَّـدِقِينَ بِصِدْقِهِمْالْمُنَـفِقِينَ إِن شَآءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً﴾
"Di antara orang-orang yang beriman, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (23)
"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (24) (Al-Ahzab: 33: 23-24)
Surah Al-Ahzab, telah mengisahkan tentang perang "Al-Khandaq" (parit) yang terjadi pada bulan Syawal tahun lima Hijrah, di mana golongan suku Yahudi bersekongkol dengan kafir Quraisy di Mekah untuk memerangi Rasulullah dan sahabatnya dengan menyerbu ke Madinah.
Kisah yang diceritakan bermula dari ayat 9 sehingga ayat 27 (jika saya tidak silap) ini menunjukkan betapa diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat (ayat 11) sehinggakan orang-orang yang tidak sihat dan kuat iman dalam hatinya tumpas dek cabaran ini dan melarikan diri (ayat 12 & 13)
Inikah yang kita sebagai pejuang agama Allah inginkan setelah kita berjanji kepada Allah untuk berjuang membela Islam? Melarikan diri dari menegakkan nama Allah setelah diuji?
Tidak, tetapi sebaliknya!
Tepatilah janji wahai pejuang Allah!
Inilah yang disampaikan di dalam ayat 23, bahawa akan adanya dari golongan orang-orang yang beriman yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan. Kepada golongan ini, hanya ada dua kesudahan yang telah ditetapkan Allah, gugur syahid ataupun kekal dalam perjuangan.
Ya Allah jadikanlah kami tergolong dalam golongan ini.
Berjihadlah wahai kaum muslimin, biar syahid ataupun kemenangan
Arif
Subscribe to:
Posts (Atom)




