0 Komen

Waktu Senang Waktu Susah


"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (33)


"Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)." (34)


"Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?." (35)


"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa." (36)


"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." 37) (Ar-Ruum: 30: 33-37)


Tafsiran ayat ini jelas. Jelas bagi yang melihat dengan hati insyaAllah.

Ambillah ibrah darinya, dan ketika akan menghadapi peperiksaan akan datang sentiasalah beringat untuk bersyukur di waktu senang, dan bersabar diwaktu susah dan jauhilah dari menjadi hamba yang beringat di waktu susah dan lupa sehingga mensyirikkan Allah di waktu senang.

Berusahalah sedaya upaya kerana "jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri" bukanlah orang lain dan kita tidak patut berputus asa kerana Allah yang berkuasa melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan bagi siapa yang Dia kehendaki-Nya.


Semoga Allah melapangkan rezeki bagi kita, Amiin~


-Arif-
Pictures by Syana :)
read more