Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts
0 Komen

Dakapan Erat dan Kucupan Dahi

Ketika Rasulullah dan para sahabat masih di Mekah, mereka diancam dengan pelbagai cara dan ditindas oleh musyrikin Quraisy. Dan dengan sebab itu, Rasulullah menganjurkan sebahagian sahabat supaya berhijrah ke Habsyah untuk sementara waktu. Penghijrahan ke Habsyah yang terletak di benua Afrika itu dipimpin oleh bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Saidina Jaafar. Selain bertujuan untuk menyelamatkan keimanan para sahabat, penghijrahan ini juga bermatlamat untuk menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Habsyah.

Setelah sekian lama berpisah, Rasulullah menyambut kepulangan Saidina Jaafar dengan dakapan erat dan kucupan di dahi. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada sanad yang sahih ada menjelaskan dengan nyata perbuatan Rasulullah ini. Selain itu, Rasulullah turut mendakap dan mengucup dahi anak angkatnya, Zaid bin Haritsah yang berjaya membebaskan diri daripada cengkaman musyrikin Quraisy, kemudian mengikuti jejak baginda berhijrah ke Madinah. At-Tirmizi meriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. katanya, 

"Ketika Zaid tiba di rumah Siti Aisyah, Rasulullah dengan amat gembira menyambut kedatangannya. Baginda telah mendakap Zaid serta mengucup dahinya."


Kedua-dua kisah Saidina Jaafar dan juga Zaid bin Haritsah ini menjadi dalil bahawa perbuatan memeluk dan mengucup dahi orang yang datang dari jauh, ataupun mereka yang sudah lama tidak bertemu, adalah perbuatan yang sangat digalakkan oleh syarak.


Petikan dari buku Muhammad saw, insan teladan sepanjang zaman oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
read more
0 Komen

Lapangnya~



Lepas ni kelas tiada

Exam pon tiada

Ya Allah, LAPANGNYA~

Tuptap.. terkena satu tepat pada sasaran.. ka
li ini Hadith ke-19 pula dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi

Hadith kali ni yang paling panjang setakat ni, kira kali ni tak copy paste la hadith tersebut.. nak baca kena buka kitab ^^

Tetapi, secara ringkasnya, ada empat perkara yang disentuh:
1. Peliharalah Allah, dan mintalah kepadanya
2. Mintalah kepada Allah
3. Tidak ada orang yang dapat memberi manfa'at dan mudharat
4. Kenallah Allah pada masa lapang

Honestly, keempat-empat isi sangat bermanfaat. Ye la, who am I kidding, kata hadith Nabi ^^

So ceritanya, sepanjang hari ni, sambil membaca, memang terfikir bende yang sama, iaitu --> AKU DAH CUTI ^^ yeay!

Itu yang antara empat perkara di atas, perkara keempat yang paling tersentuh~ Jom tengok:
"...Peliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar."

Waktu susah memang mudah ingat Allah. Waktu senang memang susah ingat Allah.

p/s: bestnya kalau dapat dengar ceramah hadith 40, baca pon dah best!
read more
0 Komen

Aku Perlukan Segala Pertolongan Yang Ada!!


Tiba lagi musim imtihan..

Belajar siang malam..

Mampukah AKU berjaya?

Hadith 18 dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi, seperti hadith-hadith yang lain, sangat menarik!

Jom~

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ "
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

"Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdul Rahman Mu'adz bin Jabal radiyallahu 'anhuma dari Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya: Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadith ini hasan sahih."

Maka, secara ringkasnya (mestilah ringkaskan ^^ , kalau nak lagi best dan panjang, boleh baca kitabnya) hadith ini memperkatakan tentang 3 perkara iaitu:
1. Hak Allah: Taqwa kepadaNya
2. Hak Mukallaf: Menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya
3. Hak Hamba: Elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat

InsyaAllah, kita lihat sedikit tentang perkara 1. Iaitu bertaqwalah kepada Allah.

Secara mudah, taqwa kepada Allah bererti melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram dan ditambah seperti dalam hadith di atas iaitu dengan tidak memilih waktu dan tempat.

Kita kan buat "business" dengan Allah. Maka apa pulangannya jika kita bertaqwa?
- menyingkirkan diri dari neraka
- menempatkan diri dalam syurga
- membaiki amal serta menghapuskan dosa
- mencapai kemenangan dan kejayaan
- mendapat peliharaan dan perlindungan dari seteru
- melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal

berkaitan "melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal" Firman Allah dalam Surah al-Thalaq: Ayat 2-3 yang bermaksud:

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka..."

(sebab tengah cakap tentang taqwa, maka hanya ambil bahagian tersebut sahaja, tapi bolehlah sambung baca maksudnya, disambung tentang tawakal pula)

Hah! Kan menarik tu, mudah sahaja nak dapatkan bantuan pertolongan dari Allah untuk menghadapi musim imtihan ni, iaitu TAQWA.

Berusahalah kearah taqwa, bukan hanya berusaha secara fizikal, siang malam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat, melakukan dosa dan lain-lain.

Wallahua'lam
read more
0 Komen

Buat apa malam2 tu? ^^


Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^

sihat? alhamdulillah..

Terbaca semalam dari buku Hadith 40, Bab Hadith Pertama bahagian Amal yang Ikhlas, muka surat 63 dan 64. Menarik, maka nak berkongsi ^^

Amal yang ikhlas ni ialah amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberi ganjarannya.

Imam Nawawi (iaitu penulis buku Hadith 40 ini, Riyadus Salihin dan banyak lagi) telah berkata bahawa amal yang ikhlas ini ada tiga bahagian, iaitu:

  1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
  2. Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
Ibadat yang merdeka inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sewaktu menjawab sungutan Aisyah ra. yang berkata: "Mengapakah Rasulullah SAW bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?" Rasulullah SAW dalam jawapannya berkata: "أفلا أكون عبدا شكورا"
"Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?"

hmmm.. maka tertanya2 dalam hati, adakah amal ibadat aku ikhlas? Takutkan aku kepada Allah? Adakah aku peduli dengan syurga dan pahala? Adakah aku reti bersyukur?

waaaa.. membimbangkan.. membingungkan..

aku nak menjadi hamba, nak berdagang dan tak lupa merdeka! insyaAllah.

Arif

read more
0 Komen

Majlis Ilmu

"Abu Rib'iy (Hanzholah) bin Arrabi' Al-Usaidy salah seorang penulis Rasulullah saw. berkata: Saya bertemu dengan Abu Bakar, maka ia bertanya: Bagaimana keadaanmu Hai Hanzholah? Jawabku: Kini telah munafiq. Berkata Abu Bakar: Subhanallah, apa yang kau katakan itu? Jawabku: Kami kalau di dekat Nabi dan diperingatkan syurga dan neraka benar-benar seolah-olah terlihat di depan mata. Tetapi jika telah pulang kembali ke rumah bertemu dengan isteri dan anak-anak, dan mengurusi pekerjaan kita lupa peringatan Nabi itu. Berkata Abu Bakar: Demi Allah kami juga demikian. Maka pergilah kami berdua kepada Rasulullah, maka saya berkata: Ya Rasulullah telah munafiq Hanzholah. Nabi bertanya: Mengapakah demikian itu? Jawabku: Ya Rasulullah kami jika bertemu padamu dan kau peringatkan dengan syurga dan neraka, kami merasa khusyu' seolah-olah kami telah melihat dengan mata, tetapi setelah kembali bergaul dengan isteri dan anak-anak dan bekerja mengurus pekerjaan, kami lupa sama sekali peringatan itu.

Bersabda Nabi: Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, andaikata kamu tetap sebagaimana keadaanmu di depanku, dan ingatanmu kepada Allah, nescaya turun Malaikat menjabat tanganmu di jalan-jalan mahupun di tempat tidurmu. Tetapi hai Hanzholah sesaat1 dan sesaat, diulang kalimat itu tiga kali." (Muslim)

1.Sesaat (satu masa) untuk menunaikan ibadat, dan sesaat untuk bersenda gurau dengan anak isteri, dan sesaat untuk mengurusi pekerjaan

MasyaAllah, hebatnya Hanzholah, tanpa dia sedar, dia telah menjadi manusia terbaik. Inilah taraf penulis Rasulullah. Dia menyangka dirinya munafiq, padahal, mustahil seorang manusia berfikiran begitu, melainkan dia mengingati Allah.

"Sesaat dan sesaat", itulah teguran Rasulullah kepada kita. Berikan hak kepada tanggungjawab kita seadilnya.

Hadith ini juga menceritakan bahawa fitrah manusia itu, sentiasa perlu kepada peringatan, kerana kita mudah leka. Hanzholah begitu, apatah lagi kita! Sentiasalah ke majlis ilmu, itulah jalannya.

Dakwah no 1, belajar bukan no 2.

-Arif-
read more
0 Komen

Peranan Kita

Abu Juhaifah (Waheb) bin Abdullah r.a. berkata: Nabi saw. telah mengikat persaudaraan Islam antara Salman Alfarisy dengan Abu Darda'. Maka ketika Salman berziarah ke rumah Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' dalam pakaian kerja, maka ditanya: Mengapa kau demikian tidak berhias? Jawabnya: Abu Darda' sudah tidak berhajat lagi pada dunia. Kemudian datang Abu Darda', dan telah dihidangkan makan, maka berkata kepada Salman: Makanlah sebab saya puasa. Jawab Salman: Saya tidak akan makan, sehingga kau makan, maka terpaksa Abu Darda' makan bersama. Kemudian ketika tidur malam, Abu Darda bangun akan shalat malam, maka dipegang oleh Salman dan berkata: Tidurlah. Maka tidurlah dia. Kemudian bangun lagi, dan dikatakan oleh Salman: Tidurlah. Sehingga ketika akhir malam, Salman berkata: Kini mari bangun bersama, maka shalat keduanya. Kemudian Salman berkata: Terhadap Tuhanmu ada kewajiban, dan terhadap badanmu ada kewajiban, terhadap keluargamu ada kewajiban, maka berikan pada masing-masing hak kewajibannya. Kemudian ketika kejadian itu disampaikan kepada Nabi saw. Nabi berkata: Benar Salman. (Bukhari)

  • Seringkali kita terlalu fokus kepada beberapa sahaja dari kesemua kewajipan (peranan) kita. Selalulah bertanya "Apakah peranan aku sekarang ini?", "Apa yang aku buat untuk setiap peranan aku?" dan "Adakah aku berlaku adil kepada semua peranan aku itu?"
  • Apakah peranan aku sekarang ini?
  1. Kewajiban terhadap Tuhan
  2. Kewajiban terhadap diri sendiri
  3. Kewajiban sebagai pelajar
  4. Kewajiban terhadap isteri/suami
  5. Kewajiban terhadap keluarga
  6. Kewajiban sebagai pendakwah
  7. Kewajiban terhadap rakan-rakan
  8. dll
  • Apakah yang aku buat untuk setiap peranan aku? Adakah aku berlaku adil kepada semua peranan aku itu?
Ibnu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Kamu sekalian pemimpin dan kamu akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Pemerintah akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Lelaki akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Khadam memelihara harta majikannya dan akan ditanya dari hal yang dipimpinnya.
Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungjawab) dari hal rakyat yang dipimpinnya. (Bukhari, Muslim)

Jalankan tanggungjawab sebagai pelajar, belajarlah berjam-jam seharian, namun jangan sekali-kali lupakan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Tanya diri sendiri, sebelum Allah bertanya.

Wallahu'alam

-Arif-

read more