Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
0 Komen

Dakapan Erat dan Kucupan Dahi

Ketika Rasulullah dan para sahabat masih di Mekah, mereka diancam dengan pelbagai cara dan ditindas oleh musyrikin Quraisy. Dan dengan sebab itu, Rasulullah menganjurkan sebahagian sahabat supaya berhijrah ke Habsyah untuk sementara waktu. Penghijrahan ke Habsyah yang terletak di benua Afrika itu dipimpin oleh bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Saidina Jaafar. Selain bertujuan untuk menyelamatkan keimanan para sahabat, penghijrahan ini juga bermatlamat untuk menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Habsyah.

Setelah sekian lama berpisah, Rasulullah menyambut kepulangan Saidina Jaafar dengan dakapan erat dan kucupan di dahi. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada sanad yang sahih ada menjelaskan dengan nyata perbuatan Rasulullah ini. Selain itu, Rasulullah turut mendakap dan mengucup dahi anak angkatnya, Zaid bin Haritsah yang berjaya membebaskan diri daripada cengkaman musyrikin Quraisy, kemudian mengikuti jejak baginda berhijrah ke Madinah. At-Tirmizi meriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. katanya, 

"Ketika Zaid tiba di rumah Siti Aisyah, Rasulullah dengan amat gembira menyambut kedatangannya. Baginda telah mendakap Zaid serta mengucup dahinya."


Kedua-dua kisah Saidina Jaafar dan juga Zaid bin Haritsah ini menjadi dalil bahawa perbuatan memeluk dan mengucup dahi orang yang datang dari jauh, ataupun mereka yang sudah lama tidak bertemu, adalah perbuatan yang sangat digalakkan oleh syarak.


Petikan dari buku Muhammad saw, insan teladan sepanjang zaman oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
read more
2 Komen

Saya Cinta Kepadamu ya Rasulullah

Sudah lama saya tidak mengepos entri. Mungkin kerana kerja yang bertimbun yang menanti untuk disiapkan. Namun begitu, saya cuba menjadikan pembacaan hadis dari Riadhus Solihin selepas solat Maghrib suatu rutin. Moga istiqamah, insyaAllah.Jadi, di sini saya ada sedikit perkongsian buat sahabat sekalian.

Abdullah bin Mughoffal r.a. berkata: Seorang datang kepada Nabi dan berkata: Demi Allah, saya kasih kepadamu, ya Rasulullah. Jawab Nabi: Perhatikan benar-benar perkataanmu itu. Berkata pula: Demi Allah, saya cinta kepadamu, ya Rasulullah. Diulangi kata-kata itu tiga kali. Maka sabda Nabi: Kalau benar kau cinta-kasih kepadaku, maka bersiap-siaplah menghadapi kemiskinan, dengan baju kukuh kuat (dapat mengatasi segala kemungkinan). Kerana kemiskinan itu lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta kepadaku melebihi kecepatan banjir ke dalam jurang.

(Attirmidzi)

Moga kita semua termasuk dalam golongan yang mencintai Rasulullah s.a.w.insyaAllah.
read more