Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
0 Komen

Anak Sebagai Amanah



Salamalaykum wbt.

Sedikit perkongsian dari buku 'Didik Anak Cara Rasulullah'. Bunyinya mungkin agak advanced tapi percayalah, proses mendidik anak bermula dengan cara kita mentarbiah diri kita. Saya mulakan dengan mukaddimah dari buku tersebut. 

Perkara pertama yang dilihat oleh seorang anak ialah rumah dan persekitarannya. Dan dari situ juga, dia melihat cara kehidupan ibubapanya dan mereka yang lain di sekitarnya. Jiwanya yang masih lentur mudah menerima segala sesuatu yang memberikan pengaruh terhadapnya. 

Imam Ghazali mengatakan "Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan mutiara yang bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia siap untuk diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, maka dia akan menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Demikian juga guru dan pendidiknya. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan haiwan ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya."

Rasulullah bersabda:
"Setiap anak yang lahir sebenarnya dilahirkan di atas fitrah (alami). Kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi yahudi, majusi atau nasrani."

Berdasarkan ini, Abd 'Ala mengatakan melalui syairnya:
"Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya. Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya, namun orang-orang dekatnya yang membuatnya menjadi hina."

Jika rumah mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak, maka untuk menjadikan rumah sebagai asas pengajaran, rumah tersebut haruslah dipenuhi dengan perkara yang dapat menanamkan roh keagamaan dan keutamaan terhadap jiwa anak."
read more
0 Komen

Aku Perlukan Segala Pertolongan Yang Ada!!


Tiba lagi musim imtihan..

Belajar siang malam..

Mampukah AKU berjaya?

Hadith 18 dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi, seperti hadith-hadith yang lain, sangat menarik!

Jom~

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ "
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

"Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdul Rahman Mu'adz bin Jabal radiyallahu 'anhuma dari Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya: Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadith ini hasan sahih."

Maka, secara ringkasnya (mestilah ringkaskan ^^ , kalau nak lagi best dan panjang, boleh baca kitabnya) hadith ini memperkatakan tentang 3 perkara iaitu:
1. Hak Allah: Taqwa kepadaNya
2. Hak Mukallaf: Menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya
3. Hak Hamba: Elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat

InsyaAllah, kita lihat sedikit tentang perkara 1. Iaitu bertaqwalah kepada Allah.

Secara mudah, taqwa kepada Allah bererti melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram dan ditambah seperti dalam hadith di atas iaitu dengan tidak memilih waktu dan tempat.

Kita kan buat "business" dengan Allah. Maka apa pulangannya jika kita bertaqwa?
- menyingkirkan diri dari neraka
- menempatkan diri dalam syurga
- membaiki amal serta menghapuskan dosa
- mencapai kemenangan dan kejayaan
- mendapat peliharaan dan perlindungan dari seteru
- melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal

berkaitan "melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal" Firman Allah dalam Surah al-Thalaq: Ayat 2-3 yang bermaksud:

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka..."

(sebab tengah cakap tentang taqwa, maka hanya ambil bahagian tersebut sahaja, tapi bolehlah sambung baca maksudnya, disambung tentang tawakal pula)

Hah! Kan menarik tu, mudah sahaja nak dapatkan bantuan pertolongan dari Allah untuk menghadapi musim imtihan ni, iaitu TAQWA.

Berusahalah kearah taqwa, bukan hanya berusaha secara fizikal, siang malam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat, melakukan dosa dan lain-lain.

Wallahua'lam
read more
0 Komen

Waktu Senang Waktu Susah


"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (33)


"Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)." (34)


"Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?." (35)


"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa." (36)


"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." 37) (Ar-Ruum: 30: 33-37)


Tafsiran ayat ini jelas. Jelas bagi yang melihat dengan hati insyaAllah.

Ambillah ibrah darinya, dan ketika akan menghadapi peperiksaan akan datang sentiasalah beringat untuk bersyukur di waktu senang, dan bersabar diwaktu susah dan jauhilah dari menjadi hamba yang beringat di waktu susah dan lupa sehingga mensyirikkan Allah di waktu senang.

Berusahalah sedaya upaya kerana "jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri" bukanlah orang lain dan kita tidak patut berputus asa kerana Allah yang berkuasa melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan bagi siapa yang Dia kehendaki-Nya.


Semoga Allah melapangkan rezeki bagi kita, Amiin~


-Arif-
Pictures by Syana :)
read more
5 Komen

Kelas Psikologi Yang Menarik


Hari ini cuaca sangat cantik. Setelah berbulan-bulan dalam kesejukan, kini matahari kembali menyinar. Alasan untuk keluar rumah pada hujung minggu kali ini cukup bagus. Kelas psikologi.

Mungkin bagi sesetengah orang, psikologi itu sangat membosankan tapi tidak bagi saya. Sebagai seorang guru atau boleh saya katakan sebagai fasilitator, Mrs Soykova mengambil langkah yang betul dengan mengadakan permainan supaya kami tidak mengantuk. Banyak kali saya mendengar komen dari kawan-kawan yang mengatakan kelas psikologi mereka cukup membosankan hingga mampu membuatkan mereka terlelap. Mendengarkan komen mereka, saya bersyukur kerana kelas psikologi saya diisi dengan permainan. Permainan tersebut cukup ringkas. Hanya membina sesuatu binaan menggunakan kiub-kiub yang disediakan. dan disusuli dengan mesej di sebalik binaan itu. Tujuan utama permainan ini diadakan adalah untuk melatih kami berkomunikasi. Mrs Soykova menggalakkan kami berpasangan antara lelaki dan perempuan tetapi disebabkan saya tidak nampak kepentingan berpasangan dengan lelaki, maka saya hanya berpasangan dengan Adilah. Bukan hanya kerana tidak nampak kepentingan itu, bahkan kerana ramainya perempuan berbanding lelaki.

Antara binaan yang menarik ialah binaan yang dibina oleh seorang pelajar berkulit hitam. Binaannya cukup unik, menggambarkan dirinya ketika dia gembira mahupun sedih. Gembira digambarkan dengan binaan kiub yang tinggi manakala sedih digambarkan dengan ketiadaan kiub. Apabila sampai giliran saya, saya tidak mengambil masa yang lama kerana binaan yang cukup ringkas. Sambil menghadap Adilah, saya mula menerangkan mesej di sebalik kumpulan kiub dan sebiji kiub yang berada di hadapan saya. Kumpulan kiub ini mewakili komuniti dan sebiji kiub itu mewakili seseorang yang tidak berada dalam komuniti. Jika ada pengaruh yang buruk dari persekitaran, yang akan terjejas teruk ialah kiub yang satu itu.

Saya berharap apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. Mungkin boleh dipraktikkan pada adik-adik sekolah rendah mahupun menengah kerana pada saya, mereka ini masih malu dalam menyuarakan pendapat mereka. Saya juga seperti mereka dahulu :). Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini.
read more