0 Komen

Saya Jual...Saya Beli...

Saya jual...

Saya beli...

Apabila membeli-belah di pasar raya besar, adakah anda perasan bahawa kita jarang-jarang mendengar ucapan jurujual, "Saya jual." dan ucapan kita sebagai pembeli, "Saya beli." Lafaz ini dinamakan sighah jual beli yang mencakupi ijab dan kabul.

Mengikut mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama' mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.

Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah redha-meredhai. Al-taradi, al-rida atau saling meredhai adalah elemen penting yang menentukan keharusan jual-beli berkenaan. Hukum ini kerana nature sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada matlamat merealisasikan maqasid (matlamat). Justeru, para fuqaha merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan lafaz luaran atau binaan huruf."

Mengapa perlu sighah ijab dan kabul? Saling meredhai perlu direalisasikan dalam jual beli. Namun, redha adalah unsur dalaman yang terletak di dalam hati. Manusia tidak mampu mengetahui apa yang tersemat dalam hati orang lain. Maka, syariat menggantungkan hukum keabsahan jual beli pada sesuatu yang zahir iaitu sighah.

Firman Allah Taala : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah al-Nisa' 4: 29)
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)

Bagaimana pula dengan jual-beli melalui internet? Jual-beli melalui internet adalah sah walaupun tidak ada pertemuan secara hakiki antara penjual dan pembeli dalam satu majlis. Hal ini kerana pertemuan antara kedua-duanya bukan menjadi matlamat ataumaqasid utama dalam jual beli tersebut. Sebab itu dalam feqah menjelaskan "asal dalam keabsahan kontrak ialah al-taradi". (Al-Duwaihi, al-Qawa'id al-Hakimah li al-Uqud dalam Buhuth Mu'tamar al-A'mal al-Masrafiyyah al-Eliktroniyyah, jil.5, hlm. 2333)


Artikel dihasilkan oleh Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dari majalah Solusi, isu 20.


Syana

read more
0 Komen

Buat apa malam2 tu? ^^


Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^

sihat? alhamdulillah..

Terbaca semalam dari buku Hadith 40, Bab Hadith Pertama bahagian Amal yang Ikhlas, muka surat 63 dan 64. Menarik, maka nak berkongsi ^^

Amal yang ikhlas ni ialah amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberi ganjarannya.

Imam Nawawi (iaitu penulis buku Hadith 40 ini, Riyadus Salihin dan banyak lagi) telah berkata bahawa amal yang ikhlas ini ada tiga bahagian, iaitu:

  1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
  2. Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
Ibadat yang merdeka inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sewaktu menjawab sungutan Aisyah ra. yang berkata: "Mengapakah Rasulullah SAW bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?" Rasulullah SAW dalam jawapannya berkata: "أفلا أكون عبدا شكورا"
"Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?"

hmmm.. maka tertanya2 dalam hati, adakah amal ibadat aku ikhlas? Takutkan aku kepada Allah? Adakah aku peduli dengan syurga dan pahala? Adakah aku reti bersyukur?

waaaa.. membimbangkan.. membingungkan..

aku nak menjadi hamba, nak berdagang dan tak lupa merdeka! insyaAllah.

Arif

read more
0 Komen

Islam for Dummies

Menarik sungguh!




Arif
read more