2 Komen

Oh Tanah Airku

Salam alaykum buat sahabat-sahabat yang dirindui dan dikasihi.Harap semua sihat walafiat dan tekun mengisi setiap saat di bulan Ramadhan ini dengan ibadat-ibadat bagi menambahkan ketaqwaan kepada yang Esa.

Setelah menghabiskan masa hampir 2 bulan di tanah air, banyak perkara yang berlaku membuka mata saya tentang senario yang berlaku di tanah air. Salah satu yang terkesan di hati saya adalah melihat generasi muda zaman sekarang merempit. Sedih berbaur geram rasanya apabila melihat golongan ini membahayakan nyawa yang dikurniakanNya dengan cara yang salah. Bukan itu sahaja, mereka juga membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain apabila melanggar lampu isyarat merah dengan sesuka hati. Terkadang saya merasakan mahu menegur mereka di saat itu juga. Namun apabila memikirkan betapa biadapnya mereka kepada polis, maka saya memadamkan sahaja niat saya itu.

Selesai sudah hal merempit, ingin saya ceritakan satu situasi lucu yang berlaku ketika saya menaiki bas pulang dari pusat bandar. Mempraktikkan apa yang sudah menjadi amalan saya dan kawan-kawan di Czech, saya memberi tempat duduk saya di dalam bas pada seorang makcik tua. Melihatkan perbuatan saya, seorang insan yang berada tidak jauh daripada saya melakukan perkara yang sama. Tersenyum saya sendirian menyaksikan perkara tersebut. Mungkin apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia bukan pendidikan kerana mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan. Namun, apa yang perlu ialah keberanian iaitu mahu. Dan keberanian ini datang dengan sendirinya apabila ramai yang mempraktikkan perkara tersebut.

Setelah lama tidak berblog, saya menghabiskan masa yang agak lama untuk menaip entri kali ini. Ditambah pula dengan persekitaran yang agak "penuh" dengan suara adik-adik. Sekadar itu sahaja buat kali ini. Moga Ramadhan kali ini berkali-kali ganda lebih baik dari Ramadhan yang telah berlalu. Salam ukhuwwah dari saya. :)
read more
3 Komen

Batman!!




A young man went to the Airport,,

He was planning,,

to travel on that day!

Airport security,,

stopped him and asked:

Airport Security Playmobil by nedrichards.

What is your Name?
Cancun Airport Security Notices by www.britsincancun.com.

Traveler: Batman!



Airport security:

I mean Your,,

Real Name Please!!

Traveler: Batman!



Airport security:

You Think You are funny??!

WHAT IS YOUR NAME??!

Traveler: Batman!


Airport security: OK.

Your Family Name?

LEGO Batman Minifigures by Archangeli.

Traveler: Superman!

Airport security went mad!


Then decided to take him,,

to the detention room....


!!For further investigation


Until they saw,,
shocked2.jpg shocked image by tracyyoungtv

His passport!!


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Thanks to Brother Mirgani..

Pengajaran: Berilah anak anda nama yang elok. Janganlah disebabkan nama, dia disindir atau dibuli. :)
read more
0 Komen

Kaum Yang Maju

Saya ada terbaca 1 hadis yang cukup menarik bagi saya untuk dikongsi dengan sahabat sekalian. Hadisnya berbunyi:

Imran bin al-Husain r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Sebaik-baik generasi adalah pada abadku, kemudian abad yang di belakangnya, kemudian yang berikutnya. Entah 2-3 kali diucapkan Nabi. Kemudian setelah itu, datang kaum yang maju, menjadi saksi meskipun tidak diminta, dan berkhianat tiada amanat, kalau bernazar tidak menepati, dan tampak mereka gemuk badan dan besar perut. (Bukhari, Muslim)

Hurmm..Adakah kita kaum maju yang Rasulullah saw maksudkan? Fikir-fikirkanlah.

Andai anda menjadi saksi, jadilah saksi yang bercakap benar. Dan, sentiasalah ingat bahawa amanat yang dipertanggungjawabkan ke atas kita akan disoal di akhirat kelak. Juga, makanlah makanan dari sumber rezeki yang halal. Jauhilah rasuah. :)

read more
2 Komen

Saya Cinta Kepadamu ya Rasulullah

Sudah lama saya tidak mengepos entri. Mungkin kerana kerja yang bertimbun yang menanti untuk disiapkan. Namun begitu, saya cuba menjadikan pembacaan hadis dari Riadhus Solihin selepas solat Maghrib suatu rutin. Moga istiqamah, insyaAllah.Jadi, di sini saya ada sedikit perkongsian buat sahabat sekalian.

Abdullah bin Mughoffal r.a. berkata: Seorang datang kepada Nabi dan berkata: Demi Allah, saya kasih kepadamu, ya Rasulullah. Jawab Nabi: Perhatikan benar-benar perkataanmu itu. Berkata pula: Demi Allah, saya cinta kepadamu, ya Rasulullah. Diulangi kata-kata itu tiga kali. Maka sabda Nabi: Kalau benar kau cinta-kasih kepadaku, maka bersiap-siaplah menghadapi kemiskinan, dengan baju kukuh kuat (dapat mengatasi segala kemungkinan). Kerana kemiskinan itu lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta kepadaku melebihi kecepatan banjir ke dalam jurang.

(Attirmidzi)

Moga kita semua termasuk dalam golongan yang mencintai Rasulullah s.a.w.insyaAllah.
read more
5 Komen

Kelas Psikologi Yang Menarik


Hari ini cuaca sangat cantik. Setelah berbulan-bulan dalam kesejukan, kini matahari kembali menyinar. Alasan untuk keluar rumah pada hujung minggu kali ini cukup bagus. Kelas psikologi.

Mungkin bagi sesetengah orang, psikologi itu sangat membosankan tapi tidak bagi saya. Sebagai seorang guru atau boleh saya katakan sebagai fasilitator, Mrs Soykova mengambil langkah yang betul dengan mengadakan permainan supaya kami tidak mengantuk. Banyak kali saya mendengar komen dari kawan-kawan yang mengatakan kelas psikologi mereka cukup membosankan hingga mampu membuatkan mereka terlelap. Mendengarkan komen mereka, saya bersyukur kerana kelas psikologi saya diisi dengan permainan. Permainan tersebut cukup ringkas. Hanya membina sesuatu binaan menggunakan kiub-kiub yang disediakan. dan disusuli dengan mesej di sebalik binaan itu. Tujuan utama permainan ini diadakan adalah untuk melatih kami berkomunikasi. Mrs Soykova menggalakkan kami berpasangan antara lelaki dan perempuan tetapi disebabkan saya tidak nampak kepentingan berpasangan dengan lelaki, maka saya hanya berpasangan dengan Adilah. Bukan hanya kerana tidak nampak kepentingan itu, bahkan kerana ramainya perempuan berbanding lelaki.

Antara binaan yang menarik ialah binaan yang dibina oleh seorang pelajar berkulit hitam. Binaannya cukup unik, menggambarkan dirinya ketika dia gembira mahupun sedih. Gembira digambarkan dengan binaan kiub yang tinggi manakala sedih digambarkan dengan ketiadaan kiub. Apabila sampai giliran saya, saya tidak mengambil masa yang lama kerana binaan yang cukup ringkas. Sambil menghadap Adilah, saya mula menerangkan mesej di sebalik kumpulan kiub dan sebiji kiub yang berada di hadapan saya. Kumpulan kiub ini mewakili komuniti dan sebiji kiub itu mewakili seseorang yang tidak berada dalam komuniti. Jika ada pengaruh yang buruk dari persekitaran, yang akan terjejas teruk ialah kiub yang satu itu.

Saya berharap apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. Mungkin boleh dipraktikkan pada adik-adik sekolah rendah mahupun menengah kerana pada saya, mereka ini masih malu dalam menyuarakan pendapat mereka. Saya juga seperti mereka dahulu :). Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini.
read more
2 Komen

Makruh Makan Sambil Menyandar

Abu Juhaifah (Waheb) bin Abdullah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w : Saya tidak suka makan dengan bersandar.

Anas r.a. berkata: Saya melihat Rasulullah s.a.w. duduk di atas bokongnya dan menegakkan lututnya ke atas sambil makan kurma. (secara orang bertekuk lutut)

Jom same-same ikut sunnah junjungan kita, Rasulullah s.a.w..
read more
0 Komen

Pertama Kali

Salam Alaykum buat pembaca blogku sekalian...

Setelah sekian lama bertapak di Multiply, kini saya mengubah kedudukan blog saya. Mungkin kerana jemu kerana tidak banyak yang dapat saya lakukan di situ berbanding dengan blogspot. Moga dengan perpindahan ke blogspot ini lagi menjadikan saya bersemangat untuk berblog.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini..

read more