skip to main |
skip to sidebar
Hari ini cuaca sangat cantik. Setelah berbulan-bulan dalam kesejukan, kini matahari kembali menyinar. Alasan untuk keluar rumah pada hujung minggu kali ini cukup bagus. Kelas psikologi.
Mungkin bagi sesetengah orang, psikologi itu sangat membosankan tapi tidak bagi saya. Sebagai seorang guru atau boleh saya katakan sebagai fasilitator, Mrs Soykova mengambil langkah yang betul dengan mengadakan permainan supaya kami tidak mengantuk. Banyak kali saya mendengar komen dari kawan-kawan yang mengatakan kelas psikologi mereka cukup membosankan hingga mampu membuatkan mereka terlelap. Mendengarkan komen mereka, saya bersyukur kerana kelas psikologi saya diisi dengan permainan. Permainan tersebut cukup ringkas. Hanya membina sesuatu binaan menggunakan kiub-kiub yang disediakan. dan disusuli dengan mesej di sebalik binaan itu. Tujuan utama permainan ini diadakan adalah untuk melatih kami berkomunikasi. Mrs Soykova menggalakkan kami berpasangan antara lelaki dan perempuan tetapi disebabkan saya tidak nampak kepentingan berpasangan dengan lelaki, maka saya hanya berpasangan dengan Adilah. Bukan hanya kerana tidak nampak kepentingan itu, bahkan kerana ramainya perempuan berbanding lelaki.
Antara binaan yang menarik ialah binaan yang dibina oleh seorang pelajar berkulit hitam. Binaannya cukup unik, menggambarkan dirinya ketika dia gembira mahupun sedih. Gembira digambarkan dengan binaan kiub yang tinggi manakala sedih digambarkan dengan ketiadaan kiub. Apabila sampai giliran saya, saya tidak mengambil masa yang lama kerana binaan yang cukup ringkas. Sambil menghadap Adilah, saya mula menerangkan mesej di sebalik kumpulan kiub dan sebiji kiub yang berada di hadapan saya. Kumpulan kiub ini mewakili komuniti dan sebiji kiub itu mewakili seseorang yang tidak berada dalam komuniti. Jika ada pengaruh yang buruk dari persekitaran, yang akan terjejas teruk ialah kiub yang satu itu.
Saya berharap apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. Mungkin boleh dipraktikkan pada adik-adik sekolah rendah mahupun menengah kerana pada saya, mereka ini masih malu dalam menyuarakan pendapat mereka. Saya juga seperti mereka dahulu :). Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini.
Label:
motivasi
5 Komen:
hehehe..wpn psycho camp kite xde game, tp kan, ttbe rs cam nk jd counselor..haaaa..cam best jgk..jom nk syana? hehe
boleh je..tp ada ke org nak kte mengkaunseling dieorang?ehehe..
ada...kaunseling shibul la.hehe.
betul apa yang syana present tu...hiduplah dalam komuniti, dalam jemaah..bahaya jika kita keseorangan...nak berdakwah pun susah...lagi 1, tidak berada dlm kumpulan ibarat biri2 yang 'keseekoran',senang dibaham serigala :)
'keseekoran'?perkataan baru ye shibul?ehehe..
betul..betul..hidup seorang bahaya.tak best pulak tu..:) hidup berjemaah dan berkomuniti banyak faedahnya..
rasanya shibul kot kene kaunseling orang.banyak kelemahan diri ni.selalu kene diingatkan.
perkataan baru...nanti kena marah kat pakar bahasa:)
mana boleh shibul yg kaunseling syana...shibul x belajar psychology lagi.hehe.
Post a Comment