0 Komen

Menanti Syahid

Salamalaykum sahabat-sahabat yang dikasihi..

﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـهَدُواْ اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُواْ تَبْدِيلاً لِّيَجْزِىَ اللَّهُ الصَّـدِقِينَ بِصِدْقِهِمْالْمُنَـفِقِينَ إِن شَآءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً﴾

"Di antara orang-orang yang beriman, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (23)
"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (24) (Al-Ahzab: 33: 23-24)

Surah Al-Ahzab, telah mengisahkan tentang perang "Al-Khandaq" (parit) yang terjadi pada bulan Syawal tahun lima Hijrah, di mana golongan suku Yahudi bersekongkol dengan kafir Quraisy di Mekah untuk memerangi Rasulullah dan sahabatnya dengan menyerbu ke Madinah.

Kisah yang diceritakan bermula dari ayat 9 sehingga ayat 27 (jika saya tidak silap) ini menunjukkan betapa diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat (ayat 11) sehinggakan orang-orang yang tidak sihat dan kuat iman dalam hatinya tumpas dek cabaran ini dan melarikan diri (ayat 12 & 13)

Inikah yang kita sebagai pejuang agama Allah inginkan setelah kita berjanji kepada Allah untuk berjuang membela Islam? Melarikan diri dari menegakkan nama Allah setelah diuji?

Tidak, tetapi sebaliknya!

Tepatilah janji wahai pejuang Allah!

Inilah yang disampaikan di dalam ayat 23, bahawa akan adanya dari golongan orang-orang yang beriman yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan. Kepada golongan ini, hanya ada dua kesudahan yang telah ditetapkan Allah, gugur syahid ataupun kekal dalam perjuangan.

Ya Allah jadikanlah kami tergolong dalam golongan ini.

Berjihadlah wahai kaum muslimin, biar syahid ataupun kemenangan

Arif
read more
0 Komen

Uswatun hasanah

Salamalaykum..

Sudah lama tiada entry yang ditulis. Kenapa? Jawapan paling mudah adalah kerana cuti musim panas. Kenapa cuti musim panas tiada entry? Internet yang kurang laju? Tiada masa? Sibuk? Pelbagai alasan boleh diberikan, mudah!

Kehidupan pelajar di luar negara memang cukup simple bagi setiap yang ingin berdakwah, satu suasana yang selesa (comfort zone). You, yourself, your wife, your friends, and your education. Tidak perlu memikirkan masalah lain. Takutnya adalah di luar negara dialah hero, tetapi sunyi menyepi setelah pulang dek bermacam 'masalah' di negara sendiri. Ya Allah jauhilah daku dari perkara tersebut. Menulis blog bukan suka-suka, tetapi sebagai salah satu peranan hamba Allah, peranan berdakwah.

Dakwah tidak mengenal erti masa dan tempat. Dakwah sentiasa berjalan dimana-mana kita berada, pada bila-bila masa.

Kesal dengan diri sendiri, insyaAllah akan cuba perbaiki diri.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
(Al-Ahzaab: 33:21)
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan sentiasa mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)"

وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

dan sentiasa mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)

Arif
read more