0 Komen

Berbaju Kurung Pada Musim Panas

Berbaju kurung. Tak pelik pun kan? Memanglah tak pelik kalau di Malaysia. Kalau di UK dan Ireland macam mana pula? Mungkin juga tak pelik sebab dah ramai kaum kerabat Melayu di sana. Tapi kalau di Czech ni pelik tak?


Pelik! Lagi-lagi waktu musim panas ni. Nak cover dengan kot/jaket, takkan lah kot sebab panas. Kenapa saya kata pelik? Sebabnya semasa dalam perjalanan ke kelas tadi, ada seorang makcik ni, terpegun dengan saya yang berbaju kurung. Sebelum nampak saya, elok-elok je dia jalan. Dah ternampak saya tu, terberhentilah dia. Rasa lucu pulak bila mengingatkan.


Bila orang dah tengok kita sampai macam tu sekali, mulalah keyakinan diri ni luntur. Saya pernah cakap kat suami yang kita kena yakin dengan apa yang kita pakai, barulah bila orang lain tengok kita, kita tak rasa kekok. Nasihat yang diberikan oleh saya nampaknya tidak berkesan pada saya hari ini. Asalnya rasa yakin je dengan berbaju kurung sebelum keluar rumah tapi bila dah nampak manusia-manusia Czech ni bagai langit dengan bumi dengan saya, terus tak yakin. Bukan sebab malu menutup aurat. Malunya sebab saya menarik perhatian orang. Semasa mula-mula datang ke Czech pun, macam tu juga. Orang-orang Czech tengok saya pelik sebab saya bertudung.


Cukuplah cerita mengarut saya buat kali ni. Jumpa lagi, insyaAllah.
read more
0 Komen

Cuaca Panas

Salamalaykum wbt.


Ketika sedang mencari artikel menarik untuk dimuatkan dalam blog High Qualities in You , saya berjumpa dengan artikel ini di Info Sihat . Mulalah saya terfikir, "Malaysia bertambah panas?". Maka mulalah saya bimbang tentang kesihatan keluarga saya di Malaysia terutamanya ayah saya yang merupakan seorang tukang rumah. Beberapa minit di bawah sang matahari sudah cukup membuat kita berpeluh, inikan pula tukang rumah, buruh, dan peladang yang perlu berada dalam pancar terik matahari untuk masa yang lama. Tanpa berlengah lagi, jom baca artikel di bawah tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika cuaca panas.


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
  4. Gejala cuaca panas melampau adalah :
    • Sakit kepala
    • Keletihan
    • Lemah tumpuan
    • Pening
    • Lemah otot–otot atau kekejangan
    • Mual dan muntah
  5. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
  6. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

    4.1 Anda Perlu :
    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
    • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar 
    4.2 Elakkan:
    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Bersenam dalam cuaca panas
  7.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 
read more