Showing posts with label Czech. Show all posts
Showing posts with label Czech. Show all posts
0 Komen

Snowboard


Post yang tertunda disebabkan State Exam. Alhamdulillah selesai sudah Internal Med, tinggal lagi 3 State Exams. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, trip kami ke Špindlerův Mlýn weekend ni berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah. Walaupun end up having muscle aches and bruises, kami cukup berpuas hati. Trip ni memang berbaloi. Dapat snowboard selama 2 jam setengah dan 1 trip snowsledge.





















Antara ski dan snowboard, memang prefer snowboard. Somehow rasa snowboard ni lagi senang. Kalau terlaju tu, kami just jatuhkan badan. Tapi ada akibatnya jugakla. Selalu jatuh, sakitla part badan yang terbabit. Masa main ski dulu, bila jatuh, ski ke mana, pole ski pun tercampak sekali. Nak jatuhkan badan pun tak tau macam mana. Dan kasut ski memang lagi berat dan rigid. Maka senangla penat dan lenguhnya.

Kali ni dapat mahirkan diri dengan beberapa skill je. Pergi kiri kanan, beratkan diri ke belakang dan berhenti. Yang beratkan diri ke depan dan pusing tak dapat dapat lagi. Honestly si isteri ni jeles jugak dengan si suami yang lagi terer. Tapi takpela. At least seorang pandai, dan boleh ajar yang seorang lagi.

Cakap pasal snow pulak, memang lebat betul snow kat mountain. Tapi on the way pergi dan balik dan di Prague sendiri pun, tak banyak tempat yang diliputi snow. Kalau yang ada snow tu, nipis sangatla. Nampaknya winter tahun ni agak warm. Bersabar ye wahai junior yang tak sabar melihat keindahan salji. ;)

Last sekali, nak berkongsi perasaan dengan sahabat sekalian bila saya diberikan peluang menikmati snow dan alam seluruhnya. Snow memang cantik. Bila tengok mountain yang dilitupi snow yang tebal dan tersangat cantik ni, perasaan yang terbit tak lain tak bukan ialah rasa sangat kagum dengan Sang Pencipta. Berkuasanya Dia kan. *_*

P/s: jom sekali-sekala menjengah ke langit, terutamanya bila langit clear. Langit malam sangat cantik dengan hiasan bintangnya. Terasa diri kerdil.


read more
0 Komen

Tiffin, Termos Air, Air Wudhu'

Alhamdulillah selesai sudah exam neuropsychiatry. Mencabar minda dan iman betulla exam kali ni. Sampai ke last minute boleh tekan button 'discard' tu lagi. Namun segala puji bagi Allah yang bagi saya kekuatan untuk bertahan dan ambil exam tu.


So, exam pun dah lepas, weekend pun dah sampai. Apa lagi?! Jom pergi snowboarding! Mountain pun dah dibuka untuk para pencinta sukan ski, snowboard dan yang seangkatan dengannya. Berbanding dengan tahun sebelum ni, kali ni kami nak bersnowboard, bukan berski dah. Especially saya la kot. Sebelum ni dah guling-guling 360 degree masa berski. So, don't want to experience the same scary thing again.


gambar dari paraglidingholidays.com

Kami pergi insyaAllah dengan kereta. Kereta pun dah dapat petang tadi. Saya pun sempat ajak suami ke Sestka, kompleks beli-belah kat sini, tapi serius tak best. Tak banyak kedai pun. Kalau best pun, Albert besar tu je. Dapat jugak angkut Tefal murah 2 biji. Sale hampir 50% kot. And esok plannya gerak awal pagi. InsyaAllah nak bawa bekal tiffin, dan teh panas esok. Air wudhu juga takleh lupa sebab most probably kena solat Subuh tepi jalan. Bukan alasan untuk tinggal solat kalau takde air kan. Ok then. Beransur dulu. Till then, cau dan salamalaykum.
read more
0 Komen

Sistem Kesihatan di Republik Czech


Sistem kesihatan atau dalam bahasa mat salehnya, healthcare system, adalah salah satu topik yang kami belajar dalam subjek Public Health & Medical Law. Generally, sistem kesihatan di dunia ni boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan sumber kewangan sistem kesihatan itu:
1) Cukai umum seperti di UK
2) Insurans kesihatan umum (wajib) : Model Neo(Bismarkian)
3) Insurans kesihatan peribadi (sukarela) seperti di US
Jadi, berdasarkan sistem-sistem di atas ni, Czech guna sistem yang kedua, insurans kesihatan umum. Selain VZP yang kita kenal tu, ada 9 lagi health insurance funds yang wujud; Military Health Insurance Fund, Metal-Alliance Health Insurance Fund, Bank and Construction Industry Fund, Skoda Health Insurance Fund and lain-lain.


VZP ni satu-satunya health insurance fund yang dilindungi oleh kerajaan Czech daripada jatuh bankrup. Dan seramai 65% dari rakyat Czech yang diinsured oleh VZP. 


Nak tahu macam mana orang Czech bayar insurans VZP ni? Macam ni, orang-orang Czech ni dibahagikan kepada 3 golongan:
1) yang aktif secara ekonomik: makan gaji atau bekerja sendiri
2) golongan-golongan tertentu yang insuransnya dibayar oleh kerajaan
3) individu yang tidak mempunyai any taxable income


Golongan pertama ada peratusan tersendiri dari gaji kasar yang mereka bayar untuk insurans. Secara generalnya, 13.5% dari gaji kasar mereka.
Golongan kedua pula, kerajaan Czech yang bayar. Contoh mereka yang berada dalam golongan ni adalah pelajar kurang dari 26 tahun dan ibu dalam cuti bersalin.
Untuk pelajar tua dari 26 tahun dan surirumah, mereka termasuk dalam golongan ketiga.


Alhamdulillah, walaupun dah tahun ke-6, saya masih berpeluang untuk tahu sistem kesihatan Czech secara lebih terperinci. Namun harapnya pada masa akan datang, subjek ni boleh diajar lebih awal.
read more
0 Komen

Berbaju Kurung Pada Musim Panas

Berbaju kurung. Tak pelik pun kan? Memanglah tak pelik kalau di Malaysia. Kalau di UK dan Ireland macam mana pula? Mungkin juga tak pelik sebab dah ramai kaum kerabat Melayu di sana. Tapi kalau di Czech ni pelik tak?


Pelik! Lagi-lagi waktu musim panas ni. Nak cover dengan kot/jaket, takkan lah kot sebab panas. Kenapa saya kata pelik? Sebabnya semasa dalam perjalanan ke kelas tadi, ada seorang makcik ni, terpegun dengan saya yang berbaju kurung. Sebelum nampak saya, elok-elok je dia jalan. Dah ternampak saya tu, terberhentilah dia. Rasa lucu pulak bila mengingatkan.


Bila orang dah tengok kita sampai macam tu sekali, mulalah keyakinan diri ni luntur. Saya pernah cakap kat suami yang kita kena yakin dengan apa yang kita pakai, barulah bila orang lain tengok kita, kita tak rasa kekok. Nasihat yang diberikan oleh saya nampaknya tidak berkesan pada saya hari ini. Asalnya rasa yakin je dengan berbaju kurung sebelum keluar rumah tapi bila dah nampak manusia-manusia Czech ni bagai langit dengan bumi dengan saya, terus tak yakin. Bukan sebab malu menutup aurat. Malunya sebab saya menarik perhatian orang. Semasa mula-mula datang ke Czech pun, macam tu juga. Orang-orang Czech tengok saya pelik sebab saya bertudung.


Cukuplah cerita mengarut saya buat kali ni. Jumpa lagi, insyaAllah.
read more