0 Komen

Saya Jual...Saya Beli...

Saya jual...

Saya beli...

Apabila membeli-belah di pasar raya besar, adakah anda perasan bahawa kita jarang-jarang mendengar ucapan jurujual, "Saya jual." dan ucapan kita sebagai pembeli, "Saya beli." Lafaz ini dinamakan sighah jual beli yang mencakupi ijab dan kabul.

Mengikut mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama' mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.

Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah redha-meredhai. Al-taradi, al-rida atau saling meredhai adalah elemen penting yang menentukan keharusan jual-beli berkenaan. Hukum ini kerana nature sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada matlamat merealisasikan maqasid (matlamat). Justeru, para fuqaha merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan lafaz luaran atau binaan huruf."

Mengapa perlu sighah ijab dan kabul? Saling meredhai perlu direalisasikan dalam jual beli. Namun, redha adalah unsur dalaman yang terletak di dalam hati. Manusia tidak mampu mengetahui apa yang tersemat dalam hati orang lain. Maka, syariat menggantungkan hukum keabsahan jual beli pada sesuatu yang zahir iaitu sighah.

Firman Allah Taala : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah al-Nisa' 4: 29)
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)

Bagaimana pula dengan jual-beli melalui internet? Jual-beli melalui internet adalah sah walaupun tidak ada pertemuan secara hakiki antara penjual dan pembeli dalam satu majlis. Hal ini kerana pertemuan antara kedua-duanya bukan menjadi matlamat ataumaqasid utama dalam jual beli tersebut. Sebab itu dalam feqah menjelaskan "asal dalam keabsahan kontrak ialah al-taradi". (Al-Duwaihi, al-Qawa'id al-Hakimah li al-Uqud dalam Buhuth Mu'tamar al-A'mal al-Masrafiyyah al-Eliktroniyyah, jil.5, hlm. 2333)


Artikel dihasilkan oleh Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dari majalah Solusi, isu 20.


Syana

read more
0 Komen

Buat apa malam2 tu? ^^


Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^

sihat? alhamdulillah..

Terbaca semalam dari buku Hadith 40, Bab Hadith Pertama bahagian Amal yang Ikhlas, muka surat 63 dan 64. Menarik, maka nak berkongsi ^^

Amal yang ikhlas ni ialah amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberi ganjarannya.

Imam Nawawi (iaitu penulis buku Hadith 40 ini, Riyadus Salihin dan banyak lagi) telah berkata bahawa amal yang ikhlas ini ada tiga bahagian, iaitu:

  1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
  2. Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
Ibadat yang merdeka inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sewaktu menjawab sungutan Aisyah ra. yang berkata: "Mengapakah Rasulullah SAW bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?" Rasulullah SAW dalam jawapannya berkata: "أفلا أكون عبدا شكورا"
"Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?"

hmmm.. maka tertanya2 dalam hati, adakah amal ibadat aku ikhlas? Takutkan aku kepada Allah? Adakah aku peduli dengan syurga dan pahala? Adakah aku reti bersyukur?

waaaa.. membimbangkan.. membingungkan..

aku nak menjadi hamba, nak berdagang dan tak lupa merdeka! insyaAllah.

Arif

read more
0 Komen

Islam for Dummies

Menarik sungguh!




Arif
read more
0 Komen

Menanti Syahid

Salamalaykum sahabat-sahabat yang dikasihi..

﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـهَدُواْ اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُواْ تَبْدِيلاً لِّيَجْزِىَ اللَّهُ الصَّـدِقِينَ بِصِدْقِهِمْالْمُنَـفِقِينَ إِن شَآءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً﴾

"Di antara orang-orang yang beriman, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (23)
"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (24) (Al-Ahzab: 33: 23-24)

Surah Al-Ahzab, telah mengisahkan tentang perang "Al-Khandaq" (parit) yang terjadi pada bulan Syawal tahun lima Hijrah, di mana golongan suku Yahudi bersekongkol dengan kafir Quraisy di Mekah untuk memerangi Rasulullah dan sahabatnya dengan menyerbu ke Madinah.

Kisah yang diceritakan bermula dari ayat 9 sehingga ayat 27 (jika saya tidak silap) ini menunjukkan betapa diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat (ayat 11) sehinggakan orang-orang yang tidak sihat dan kuat iman dalam hatinya tumpas dek cabaran ini dan melarikan diri (ayat 12 & 13)

Inikah yang kita sebagai pejuang agama Allah inginkan setelah kita berjanji kepada Allah untuk berjuang membela Islam? Melarikan diri dari menegakkan nama Allah setelah diuji?

Tidak, tetapi sebaliknya!

Tepatilah janji wahai pejuang Allah!

Inilah yang disampaikan di dalam ayat 23, bahawa akan adanya dari golongan orang-orang yang beriman yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan. Kepada golongan ini, hanya ada dua kesudahan yang telah ditetapkan Allah, gugur syahid ataupun kekal dalam perjuangan.

Ya Allah jadikanlah kami tergolong dalam golongan ini.

Berjihadlah wahai kaum muslimin, biar syahid ataupun kemenangan

Arif
read more
0 Komen

Uswatun hasanah

Salamalaykum..

Sudah lama tiada entry yang ditulis. Kenapa? Jawapan paling mudah adalah kerana cuti musim panas. Kenapa cuti musim panas tiada entry? Internet yang kurang laju? Tiada masa? Sibuk? Pelbagai alasan boleh diberikan, mudah!

Kehidupan pelajar di luar negara memang cukup simple bagi setiap yang ingin berdakwah, satu suasana yang selesa (comfort zone). You, yourself, your wife, your friends, and your education. Tidak perlu memikirkan masalah lain. Takutnya adalah di luar negara dialah hero, tetapi sunyi menyepi setelah pulang dek bermacam 'masalah' di negara sendiri. Ya Allah jauhilah daku dari perkara tersebut. Menulis blog bukan suka-suka, tetapi sebagai salah satu peranan hamba Allah, peranan berdakwah.

Dakwah tidak mengenal erti masa dan tempat. Dakwah sentiasa berjalan dimana-mana kita berada, pada bila-bila masa.

Kesal dengan diri sendiri, insyaAllah akan cuba perbaiki diri.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
(Al-Ahzaab: 33:21)
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan sentiasa mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)"

وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

dan sentiasa mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)

Arif
read more
0 Komen

Waktu Senang Waktu Susah


"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (33)


"Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)." (34)


"Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?." (35)


"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa." (36)


"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." 37) (Ar-Ruum: 30: 33-37)


Tafsiran ayat ini jelas. Jelas bagi yang melihat dengan hati insyaAllah.

Ambillah ibrah darinya, dan ketika akan menghadapi peperiksaan akan datang sentiasalah beringat untuk bersyukur di waktu senang, dan bersabar diwaktu susah dan jauhilah dari menjadi hamba yang beringat di waktu susah dan lupa sehingga mensyirikkan Allah di waktu senang.

Berusahalah sedaya upaya kerana "jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri" bukanlah orang lain dan kita tidak patut berputus asa kerana Allah yang berkuasa melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan bagi siapa yang Dia kehendaki-Nya.


Semoga Allah melapangkan rezeki bagi kita, Amiin~


-Arif-
Pictures by Syana :)
read more
1 Komen

Sahabat


1. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (Al-Hujurat: 49: 10)

2. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 9: 71) 

3. "Seorang mukmin bagi sesama mukmin adalah seumpama sebuah bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lainnya. Perumpamaan orang-orang mukmin dalam sikap mereka berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seumpama satu tubuh, apabila salah satu anggota daripadanya menderita, maka seluruh tubuh turut menderita dengan rasa demam dan tidak dapat tidur." (hadith sahih)

4. "Wahai orang-orang yang beriman...dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong untuk melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..." (Al-Maaidah: 5: 2)

5. "Tolonglah saudaramu yang zalim (menganiaya) atau dianiaya. Ditanya, "Ya Rasulullah, aku dapat menolongnya jika dia dianiaya dan bagaimana aku akan menolongnya jika dia menganiaya?" Jawab Nabi s.a.w. "Engkau mencegah dan menahannya daripada menganiaya, itulah erti menolong kepadanya." (HR. Ahmad dan Bukhari)

6. "Seorang mukmin yang bergaul dengan orang dan sabar atas gangguan mereka, lebih pahalanya dari orang-orang mukmin yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar atas gangguan mereka." (HR. Ahmad)

7. "Orang yang menunjukkan (mengajak) kepada kebaikan itu bagaikan yang berbuat (sama dengan yang berbuat)." (HR. Al-Bazzar)

8. "Siapa yang mengajak kepada kebaikan, petunjuk, maka ia mendapat sebanyak pahala yang mengikutinya hingga hari kiamat, tidak mengurangi dari pahala mereka sedikit pun dan siapa yang mengajak kepada kesesatan (kejahatan) dia mendapat dosa sebanyak dosa yang mengikutinya hingga hari kiamat tidak mengurangi dosa mereka sedikit pun."

Marilah kita semua mengambil ibrah, cantumkan dengan diri kita sebagai pejuang agama Allah, sebagai sahabat kepada sahabat kita dan lain2 peranan kita, insyaAllah.

-Arif-
read more
0 Komen

Majlis Ilmu

"Abu Rib'iy (Hanzholah) bin Arrabi' Al-Usaidy salah seorang penulis Rasulullah saw. berkata: Saya bertemu dengan Abu Bakar, maka ia bertanya: Bagaimana keadaanmu Hai Hanzholah? Jawabku: Kini telah munafiq. Berkata Abu Bakar: Subhanallah, apa yang kau katakan itu? Jawabku: Kami kalau di dekat Nabi dan diperingatkan syurga dan neraka benar-benar seolah-olah terlihat di depan mata. Tetapi jika telah pulang kembali ke rumah bertemu dengan isteri dan anak-anak, dan mengurusi pekerjaan kita lupa peringatan Nabi itu. Berkata Abu Bakar: Demi Allah kami juga demikian. Maka pergilah kami berdua kepada Rasulullah, maka saya berkata: Ya Rasulullah telah munafiq Hanzholah. Nabi bertanya: Mengapakah demikian itu? Jawabku: Ya Rasulullah kami jika bertemu padamu dan kau peringatkan dengan syurga dan neraka, kami merasa khusyu' seolah-olah kami telah melihat dengan mata, tetapi setelah kembali bergaul dengan isteri dan anak-anak dan bekerja mengurus pekerjaan, kami lupa sama sekali peringatan itu.

Bersabda Nabi: Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, andaikata kamu tetap sebagaimana keadaanmu di depanku, dan ingatanmu kepada Allah, nescaya turun Malaikat menjabat tanganmu di jalan-jalan mahupun di tempat tidurmu. Tetapi hai Hanzholah sesaat1 dan sesaat, diulang kalimat itu tiga kali." (Muslim)

1.Sesaat (satu masa) untuk menunaikan ibadat, dan sesaat untuk bersenda gurau dengan anak isteri, dan sesaat untuk mengurusi pekerjaan

MasyaAllah, hebatnya Hanzholah, tanpa dia sedar, dia telah menjadi manusia terbaik. Inilah taraf penulis Rasulullah. Dia menyangka dirinya munafiq, padahal, mustahil seorang manusia berfikiran begitu, melainkan dia mengingati Allah.

"Sesaat dan sesaat", itulah teguran Rasulullah kepada kita. Berikan hak kepada tanggungjawab kita seadilnya.

Hadith ini juga menceritakan bahawa fitrah manusia itu, sentiasa perlu kepada peringatan, kerana kita mudah leka. Hanzholah begitu, apatah lagi kita! Sentiasalah ke majlis ilmu, itulah jalannya.

Dakwah no 1, belajar bukan no 2.

-Arif-
read more
0 Komen

Peranan Kita

Abu Juhaifah (Waheb) bin Abdullah r.a. berkata: Nabi saw. telah mengikat persaudaraan Islam antara Salman Alfarisy dengan Abu Darda'. Maka ketika Salman berziarah ke rumah Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' dalam pakaian kerja, maka ditanya: Mengapa kau demikian tidak berhias? Jawabnya: Abu Darda' sudah tidak berhajat lagi pada dunia. Kemudian datang Abu Darda', dan telah dihidangkan makan, maka berkata kepada Salman: Makanlah sebab saya puasa. Jawab Salman: Saya tidak akan makan, sehingga kau makan, maka terpaksa Abu Darda' makan bersama. Kemudian ketika tidur malam, Abu Darda bangun akan shalat malam, maka dipegang oleh Salman dan berkata: Tidurlah. Maka tidurlah dia. Kemudian bangun lagi, dan dikatakan oleh Salman: Tidurlah. Sehingga ketika akhir malam, Salman berkata: Kini mari bangun bersama, maka shalat keduanya. Kemudian Salman berkata: Terhadap Tuhanmu ada kewajiban, dan terhadap badanmu ada kewajiban, terhadap keluargamu ada kewajiban, maka berikan pada masing-masing hak kewajibannya. Kemudian ketika kejadian itu disampaikan kepada Nabi saw. Nabi berkata: Benar Salman. (Bukhari)

  • Seringkali kita terlalu fokus kepada beberapa sahaja dari kesemua kewajipan (peranan) kita. Selalulah bertanya "Apakah peranan aku sekarang ini?", "Apa yang aku buat untuk setiap peranan aku?" dan "Adakah aku berlaku adil kepada semua peranan aku itu?"
  • Apakah peranan aku sekarang ini?
  1. Kewajiban terhadap Tuhan
  2. Kewajiban terhadap diri sendiri
  3. Kewajiban sebagai pelajar
  4. Kewajiban terhadap isteri/suami
  5. Kewajiban terhadap keluarga
  6. Kewajiban sebagai pendakwah
  7. Kewajiban terhadap rakan-rakan
  8. dll
  • Apakah yang aku buat untuk setiap peranan aku? Adakah aku berlaku adil kepada semua peranan aku itu?
Ibnu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Kamu sekalian pemimpin dan kamu akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Pemerintah akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Lelaki akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Khadam memelihara harta majikannya dan akan ditanya dari hal yang dipimpinnya.
Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungjawab) dari hal rakyat yang dipimpinnya. (Bukhari, Muslim)

Jalankan tanggungjawab sebagai pelajar, belajarlah berjam-jam seharian, namun jangan sekali-kali lupakan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Tanya diri sendiri, sebelum Allah bertanya.

Wallahu'alam

-Arif-

read more
0 Komen

Orang Munafiq

Al-'Ankabuut: 29: 10-11

"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia akan jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka akan berkata: "Kami sentiasa bersama-sama kamu." (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?" (10)

"Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik." (11) (Al-'Ankabuut: 29: 10-11)

Orang munafik --> mengaku Islam --> namun taatkan manusia
Orang munafik --> mengaku bersama-sama orang Islam --> namun sebaliknya

"Sesungguhnya mereka lahirnya sahaja seakan-akan orang beriman"

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 141:

"(Mereka yang munafik ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka jika kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)." Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" (An-Nisaa': 4: 141)

Erti Islam bukan pada lahiriah

-Arif-
read more
0 Komen

Peranan Sebagai Anak


Al-'Ankabuut: 29: 8-9

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, dan kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan." (8)

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)." (9) (Al-'Ankabuut: 29: 8-9)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 23:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (23)

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (24) (Al-israa': 17: 23-24)

Peranan kita sebagai anak:
-berbuat baik
-selagi tidak mempersekutukan Allah
-berkata dengan perkataan mulia
-merendah diri
-mendoakan

Wallahu'alam

Love you mum :)

-Arif-
read more
4 Komen

Dari Kami



Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Pencipta sekalian alam. Dialah yang Maha Esa. Tiada tuhan yang lain yang layak disembah melainkan Dia. Di tangan Dia terletak segala kekuasaan dan tiada perancang terbaik melainkanNya. Manusia hanya mampu merancang. Jadi atau tidak sesuatu itu, Dia yang tentukan.

Alhamdulillah, perkahwinan yang dirancangkan berlangsung dengan lancar.Kini, setelah beberapa bulan bergelar isteri, diri ini semakin mengenal suami. Pelbagai pengalaman juga telah ditempuh, yang baik mahupun yang kurang baik. Moga diri ini menjadi lebih matang dan dewasa dalam mengharungi bahtera hidup berumahtangga. Dan moga perkahwinan yang terbina ini menjadi penguat hati kami untuk terus berjuang mendapatkan cinta Ilahi.

Ampun dan maaf kumohon dari sahabat-sahabat sekalian kerana tidak mampu untuk menjemput kalian ke walimah. Andai berkesempatan di masa hadapan, ingin juga diri ini bertemu dengan kalian. -Syana-

Sedapnya ayat isteri~ suami tak mampu nak berbunga-bunga. Hanya satu terlintas di hati, "kaulah penyejuk diri ini"... Semoga suka duka ditempuhi dengan penuh istiqamah mawaddah Ilahi. -Arif-
read more
0 Komen

Jualan T-Shirt Muslimah

Salam alaykum wa rahmatullah..

Jualan t-shirt muslimah (IlhamZayyan) ini terhad bagi pelajar-pelajar Malaysia di Prague, Republik Czech.

Stok adalah terhad. Untuk pembelian, sila hubungi Syana B01 atau Firyal B01.

*Saya akan berada di rumah Alia pada pukul 4.30 petang (27 Feb 2010) nanti, insyaAllah, berserta dengan t-shirt tersebut. Kepada sesiapa yang berminat, jemputlah datang.*

*T-shirt-t-shirt ini akan terus berada di bilik Sharifah B01. Berminat untuk membeli, silalah kunjungi bilik Sharifah.*(diky moc krat Sharifah!)






read more