0 Komen

Anak Sebagai Amanah



Salamalaykum wbt.

Sedikit perkongsian dari buku 'Didik Anak Cara Rasulullah'. Bunyinya mungkin agak advanced tapi percayalah, proses mendidik anak bermula dengan cara kita mentarbiah diri kita. Saya mulakan dengan mukaddimah dari buku tersebut. 

Perkara pertama yang dilihat oleh seorang anak ialah rumah dan persekitarannya. Dan dari situ juga, dia melihat cara kehidupan ibubapanya dan mereka yang lain di sekitarnya. Jiwanya yang masih lentur mudah menerima segala sesuatu yang memberikan pengaruh terhadapnya. 

Imam Ghazali mengatakan "Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan mutiara yang bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia siap untuk diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, maka dia akan menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Demikian juga guru dan pendidiknya. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan haiwan ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya."

Rasulullah bersabda:
"Setiap anak yang lahir sebenarnya dilahirkan di atas fitrah (alami). Kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi yahudi, majusi atau nasrani."

Berdasarkan ini, Abd 'Ala mengatakan melalui syairnya:
"Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya. Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya, namun orang-orang dekatnya yang membuatnya menjadi hina."

Jika rumah mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak, maka untuk menjadikan rumah sebagai asas pengajaran, rumah tersebut haruslah dipenuhi dengan perkara yang dapat menanamkan roh keagamaan dan keutamaan terhadap jiwa anak."
read more
0 Komen

Snowboard


Post yang tertunda disebabkan State Exam. Alhamdulillah selesai sudah Internal Med, tinggal lagi 3 State Exams. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, trip kami ke Špindlerův Mlýn weekend ni berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah. Walaupun end up having muscle aches and bruises, kami cukup berpuas hati. Trip ni memang berbaloi. Dapat snowboard selama 2 jam setengah dan 1 trip snowsledge.





















Antara ski dan snowboard, memang prefer snowboard. Somehow rasa snowboard ni lagi senang. Kalau terlaju tu, kami just jatuhkan badan. Tapi ada akibatnya jugakla. Selalu jatuh, sakitla part badan yang terbabit. Masa main ski dulu, bila jatuh, ski ke mana, pole ski pun tercampak sekali. Nak jatuhkan badan pun tak tau macam mana. Dan kasut ski memang lagi berat dan rigid. Maka senangla penat dan lenguhnya.

Kali ni dapat mahirkan diri dengan beberapa skill je. Pergi kiri kanan, beratkan diri ke belakang dan berhenti. Yang beratkan diri ke depan dan pusing tak dapat dapat lagi. Honestly si isteri ni jeles jugak dengan si suami yang lagi terer. Tapi takpela. At least seorang pandai, dan boleh ajar yang seorang lagi.

Cakap pasal snow pulak, memang lebat betul snow kat mountain. Tapi on the way pergi dan balik dan di Prague sendiri pun, tak banyak tempat yang diliputi snow. Kalau yang ada snow tu, nipis sangatla. Nampaknya winter tahun ni agak warm. Bersabar ye wahai junior yang tak sabar melihat keindahan salji. ;)

Last sekali, nak berkongsi perasaan dengan sahabat sekalian bila saya diberikan peluang menikmati snow dan alam seluruhnya. Snow memang cantik. Bila tengok mountain yang dilitupi snow yang tebal dan tersangat cantik ni, perasaan yang terbit tak lain tak bukan ialah rasa sangat kagum dengan Sang Pencipta. Berkuasanya Dia kan. *_*

P/s: jom sekali-sekala menjengah ke langit, terutamanya bila langit clear. Langit malam sangat cantik dengan hiasan bintangnya. Terasa diri kerdil.


read more
0 Komen

Renungan Hari Ini

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ - وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ 

36. And whosoever Ya`shu (turns away blindly) from the remembrance of the Most Gracious, We appoint for him Shaytan to be a Qarin (a companion) to him. / Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


37. And verily, they hinder them from the path, but they think that they are guided aright! / Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk!   (Surah az-Zukhruf 43:36-37)


Pedih kan ayat ni? T_T


Satu lagi ayat untuk dikongsi, berkenaan kelakuan kita ketika al-Quran dibacakan:

وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 

204. So, when the Qur'an is recited, listen to it, and be silent that you may receive mercy. / Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.    (Surah al-A'raf 7:204)


Diam naa waktu orang baca Quran. Seboleh-bolehnya hayati dan fahami maksud dia.

read more